Sejarah SK Sik
Sejarah perkembangan Sekolah Kebangsaan
Sik bermula pasa tahun 1334 H bersamaan 1916 M di mana pada waktu itu dikenali
sebagai “Balai Sekolah”. Bangunannya terletak di atas sekeping tanah seluas
seluas 42 kaki persegi. Pada waktu itu sekolah
ini hanya mempunyai 20 orang murid dan 2 orang guru sahaja. Guru yang
bertugas pada masa itu ialah Cikgu Md.Arshad dan Cikgu Md.Udin dengan
menghadapi pelbagai masalah dan kekurangan kemudahan asas.
Pada tahun 1938 sebuah bangunan baru
telah didirikan mengandungi 8 buah bilik darjah. Jumlah murid pada waktu itu
ialah 179 orang dan gurunya seramai 6 orang. Sekolah ini dinamakan “Sekolah
Melayu Sik”dan merupakan salah sebuah sekolah yang terbesar di Negeri Kedah
pada waktu itu. Pada tahun 1942 ketika Jepun memerintah Tanah Melayu,USHA
MENIPON telah diperkenalkan iaitu mewajibkan pembelajaran Bahasa Jepun di
sekolah-sekolah. Kesannya kedatangan murid-murid ke sekolah amat merosot.
Pada tahun 1943 Negeri Kedah jatuh ke
tangan Negeri Thai (Thaiburi) dan Bahasa Thai dijadikan mata pelajaran wajib di
samping Bahasa Melayu dan Bahasa Jepun. Bilangan murid pada masa itu ialah 223
orang dan pada tahun 1945 terus merosot iaitu hanya tinggal 169 murid dan 5
orang guru sahaja.
Pada tahun 1947, setelah British
mengambil alih pemerintahan Lembaga Didikan Sekolah telah ditubuhkan oleh
Jabatan Pelajaran. Pada tahun 1948 jumlah murid telah meningkat kepada 250
orang dan seterusnya 340 orang pada tahun 1950.
Pertambahan pelajar menyebabkan
keperluan bangunan baru begitu dirasakan. Pada tahun 1950 tiga buah bangunan
baru telah didirikan hasil rundingan yang dibuat oleh Lembaga Didikan Sekolah.
Blok bangunan tersebut ialah seperti berikut :
Bangunan
A = 60 x 20 kaki persegi
Bangunan
B = 91 x 20 kaki persegi
Bangunan
C = 48 x 25 kaki persegi
Pada tahun 1951 jumlah murid terus
meningkat menjadi 383 orang dan guru seramai 11 orang. Setelah negara mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957 jumlah murid terus meningkat kepada 736 orang dan
guru seramai 18 orang. Pada masa itu sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Umum
Sik. Pada tahun 1968 sebuah bangunan dua tingkat telah didirikan dengan 10
bilik darjah dan lengkap dengan pejabat dan setor. Bangunan baru tersebut telah
berjaya menampung pertambahan jumlah murid iaitu pada tahun 1972 seramai 1028
orang dan guru seramai 29 orang. Hari ini Sekolah Kebangsaan Sik telah
mempunyai seramai 1200 orang murid dengan 57 orang guru dan kakitangan bukan
guru. Sekolah ini mempunyai mempunyai dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan
sesi petang. Keperluan bangunan tambahan terus diperlukan oleh sekolah ini bagi
mewujudkan bilik-bilik khas selaras dengan arus perubahan dunia pendidikan dan
aspirasi wawasan Negara iaitu Wawasan 2020.

As salaam. Saya belajar di sini dr tahun 80 - 82. Cikgu Fatimah (1 Putih) kekal dlm ingatan saya hingga kini.
ReplyDeleteBegitu juga dgn Cikgu Roslina, guru English ketika saya darjah 3 Merah.
Terima kasih,
Wan Nor Aini Mustaffa.