RAJIN, TEKUN, BERUSAHA DAN BERJAYA
Falsafah Pendidikan Negara yang
menjurus kepada pembentukan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani begitu juga dengan cogankata sekolah ini.
Cogankata RAJIN, TEKUN, SABAR, BERJAYA
melambangkan iltizam warga Sekolah Kebangsaan Sik untuk melahirkan Generasi
Baru yang berwawasan dan berteknologi tinggi selaras dengan Dasar Pendidikan
Negara yang berpaksikan Falsafah Pendidikan Negara.
“Rajin” bermaksud bersungguh-sungguh
dalam proses menuntut, memberi dan mengamalkan ilmu. Proses ini memerlukan
“ketekunan dan kesabaran” kerana begitu banyak cabaran dan rintangan yang bakal
ditempuhi sebelum sesuatu kejayaan tercipta.
“Berjaya” adalah hasil kesungguhan dan
usaha yang murni ke arah kecemerlangan. Kombinasi “Rajin, Tekun, Sabar.
Berjaya” adalah faktor terpenting kepada warga sekolah ini untuk membina
kegemilangan.

No comments:
Post a Comment